Wednesday, December 8, 2010

Kisah Sebuah Tikar Tua

Tuhan,
Katanya kau tidak pernah tidur, benarkah?
Kalau aku, aku susah tidur, Tuhan
Kau tahu, kenapa?

Kerana aku tidak punyai makanan yang boleh mengenyangkan perutku,
Aku juga tak punyai pakaian yang boleh menghangatkan tubuhku,
Aku pun tak punyai tilam empuk untuk mengistirahatkan badanku.
Kau tahu, Tuhan?

Seharian ini aku sudah bekerja keras,
Membantu mengangkat barang orang di pasar,
Menjual beg-beg plastik,
Dan membantu Pak Cik Ajis membersihkan sampah,
Aku ingin mengumpulkan wang banyak untuk membeli baju dan selipar baru,
Kau tahu kenapa, Tuhan?

Kerana bukankah sebentar lagi lebaran?
Itu bererti aku boleh menabung,
Tak perlu beli makanan,
Kerana aku puasa,
Dan masjid-masjid biasanya memberi makanan percuma untuk berbuka dan sahur,
Tuhan kau sudah mengantuk belum
Aku mengatuk.

Mahukah kau menemaniku tidur?
Aku ada sebuah tikar tua untuk alas tidur,
Cukup untuk kita berdua.
Tuhan, aku kedinginan,
bolehkah aku memeluk-Mu?

-Yang kat atas ini ialah bukan rekaan aku. Ia dari sebuah buku yang berjudul Bolehkah Aku Memanggilmu
  Ayah?-

No comments:

Post a Comment